|

|
18/05/2013 |
PORT DICKSON: Paip bocor bersaiz 3 inci di Lorong Sri Pelandok 8, Kg. Telok Pelandok, Bt. 12, Jln. Pantai. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan bermula jam 1.00 petang. Dijangka siap dibaiki pada jam 5.00 petang. Kawasan terlibat: Sekitar Kawasan Kg. Telok Pelandok, Bt. 12, Jln. Pantai.
|
|
18/05/2013 |
SEREMBAN : Laporan paip pecah bersaiz 4 inci di 402 Taman Bukit Rasah Seremban. Kerja-kerja pembaikan bermula pada jam 10.30 pagi dan dijangka siap pada jam 12.30 tengah hari. Kawasan yang terlibat ialah sekitar Taman Bukit Rasah. |
|
18/05/2013 |
JELEBU: Paip pecah 4 inci Di Rumah Murah Petaling,kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dijangka siap jam 1.00 tengahari-kawasan terlibat: Rumah Murah Petaling. |
|
18/05/2013 |
TAMPIN:- Paip pecah 6 inci di No. 422 Taman Repah Baru, Tampin- Kerja- kerja pembaikan bermula jam 10.00 pagi- Dijangka siap jam 12.30 t/hari- Kawasan terlibat: Taman Repah Baru |
|
18/05/2013 |
KUALA PILAH: Laporan paip pecah bersaiz 6 inci di hadapan Sekolah Tunku Muhammad. Kerja-kerja pembaikkan dijalankan pada pukul 2.30 petang dan dijangka siap pada pukul 5.30 petang. Kawasan yang terlibat gangguan bekalan air di Sekolah Tunku Muhammad, Sekolah Tunku Kursiah, Kuarters TNB dan sekitarnya. |
|
|



HARI TERBUKA LOJI RAWATAN AIR SEMPENA HARI AIR SEDUNIA 2013 ANJURAN SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN BHD (SAINS) TEMA 'TAHUN KERJASAMA AIR ANTARABANGSA'.
Hari Terbuka Loji Rawatan Air sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2013 anjuran Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd telah berlangsung pada 11 April 2013 (Khamis) bertempat di Loji Rawatan Air Sawah Raja, Rembau. Seramai 600 orang jemputan termasuk orang awam, pelajar sekolah dari peringkat pra, rendah dan menengah dari sekitar daerah Rembau dan juga daerah-daerah lain.
Sambutan Hari Air Sedunia 2013 adalah merupakan program tahunan yang diadakan di seluruh dunia semenjak tahun 1993 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Tema yang telah ditetapkan oleh PBB melalui organisasi penyelaras UN-WATER pada tahun 2013 ini ialah “International Year of Water Coorperation” atau “Tahun Kerjasama Antarabangsa”.
Menerusi program Hari Terbuka Loji Rawatan Air yang dianjurkan oleh SAINS ini pelbagai aktiviti berkaitan dengan sambutan Hari Air Sedunia telah diadakan. Antaranya adalah, lawatan ke kawasan loji di mana tempat pemprosesan air mentah dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna disamping pameran dari pelbagai unit dan bahagian SAINS serta mendapat sokongan padu dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Selatan. Selain dari aktiviti berunsur ilmu SAINS turut menyediakan aktiviti hiburan seperti sand art bagi kanak-kanak Tabika KEMAS daerah Rembau, persembahan Magician dan Badut.
Program yang bermula seawal dari jam 8:00 pagi hingga 3:30 petang telah mendapat sambutan begitu menggalakkan terutama dari pihak sekolah yang dijemput khas dari setiap daerah di Negeri Sembilan serta Kolej-kolej yang berminat untuk turut serta dalam program yang dianjurkan oleh SAINS ini.
|
|
|
|
Page 1 of 3 |