|
KERANI INVENTORI (BAHAGIAN KEJURUTERAAN)
Bertanggungjawab bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan dengan bekalan dan stok alat-alat ganti mekanikal, elektrikal, kenderaan dan lain-lain yang berkaitan.
Syarat-syarat
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM serta lulus dalam Bahasa Malaysia & Matematik.
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang mengendalikan kerja-kerja berkaitan dengan proses perolehan dan bekalan, pengawalan stok dan inventori.
- Mengenali alat-alat ganti berkaitan dengan sistem pengepaman (Mekanikal & Elektrikal) serta kenderaan akan diberi keutamaan.
- Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Mengutamakan mutu dan hasil serta boleh bekerja dalam kumpulan.
- Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima serta sanggup bekerja lebihmasa.
- Mempunyai lesen memandu B2 dan D.
- keutamaan diberi pada calon lelaki.
Sesiapa yang berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport pada atau sebelum 13 Julai 2012 kepada:
Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|