|
JURUGEGAS/PEKERJA AWAM (UNIT PENGURUSAN METER)
Pengisian bagi jawatan Jurugegas/Pekerja Awam di Unit Pengurusan Meter. Bertanggungjawab di dalam merekod, menyimpan dan mengawal meter air baru, menukar meter air rosak dan berusia, membaiki kebocoran yang melibatkan meter dan tetiang meter serta menjalankan pemeriksaan dan membaikpulih meter di seluruh Negeri Sembilan. Jawatan yang ditawarkan bertaraf kontrak.
Syarat-syarat (Jurugegas)
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM dan mempunyai Sijil kemahiran Malaysia dalam bidang Mekanikal .
- Berpengalaman dalam kerja-kerja paip merupakan satu kelebihan.
- Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft word, Excel & Power Point.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan sihat tubuh badan.
- Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
- Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima.
- Mempunyai lesen memandu (B2,D).
- Mengetahui kawasan di Negeri Sembilan adalah satu kelebihan.
Syarat-syarat (Pekerja Awam)
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM.
- Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word, Excel & Power Point.
- Berpengetahuan dalam kerja-kerja berkaitan tukang paip.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan sihat tubuh badan.
- Mengutamakan mutu dan hasil serta boleh bekerja dalam kumpulan.
- Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima.
- Mempunyai lesen memandu (B2,D).
- Mengetahui kawasan di Negeri Sembilan adalah satu kelebihan.
Sesiapa yang berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport pada atau sebelum 17 Ogos 2012 kepada:
Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|