Media
![]() ![]() PROJEK PENUKARAN PAIP DI TAMAN TELAWI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR GANGGUAN BEKALAN AIR
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) memaklumkan bahawa projek penukaran paip lama di Taman Telawi, Seremban, Negeri Sembilan telahpun dilaksanakan untuk mengurangkan kejadian gangguan bekalan air yang sering dialami oleh penduduk taman tersebut ekoran daripada kekerapan kejadian paip pecah. Projek ini melibatkan kerja-kerja penukaran paip lama jenis High Density Polyethlene (HDPE) kepada jenis paip Mild Steel (MS) berdiameter 150mm sepanjang dua kilometer dan akan melibatkan penggantian paip utama, paip perhubungan, ‘tapping’ dan penambahbaikan secara keseluruhan sistem retikulasi di seluruh taman tersebut. Penggantian ini melibatkan hampir 200 akaun pelanggan. SAINS amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di taman tersebut. Disamping memastikan kerja-kerja pembaikan paip pecah dijalankan dengan kadar segera, SAINS juga telah mendapat peruntukan dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja tapak telah bermula pada 27 Oktober 2011 dan dijangka mengambil masa selama 16 minggu.
|



