Media
![]() ![]() 20 Julai 2012, Seremban - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dengan diwakili oleh Encik Azlan Abd Aziz, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat SAINS telah menyerahkan sumbangan air minuman SAINS sebanyak 7,500 botol kepada Tuan Haji Ahmad Damiri Bin Haji Yahaya, Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan dalam satu majlis yang sederhana iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan Air Minuman SAINS kepada Masjid Negeri, Negeri Sembilan sempena Ramadhan 1433H/2012. Sumbangan air minuman SAINS ini adalah sebahagian daripada usaha murni SAINS untuk bekerjasama dengan masjid-masjid utama seluruh daerah di Negeri Sembilan dengan memberikan sumbangan air minuman bagi kegunaan dalam sebarang program yang dianjurkan oleh masjid negeri khasnya dan semua masjid amnya sepanjang Ramadhan 1433 H / 2012. SAINS sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membekalkan air minuman kepada masjid yang mengadakan sebarang majlis sepanjang Ramadhan yang mulia ini.
|



