top
logo

Customer Centric

PANDUAN PERMOHONAN BEKALAN AIR NEGERI SEMBILAN

Bil

Prosidur Permohonan Bekalan Air

Tindakan

Catatan

1.

Pemaju perlu melantik Pihak Jurutera Perunding yang bertauliah dan berdaftar dengan lembaga Jurutera Malaysia dan berdaftar dengan SPAN, perlu mematuhi segala kehendak Garispanduan Permohonan Bekalan Air Negeri Sembilan sebelum membuat permohonan.

 

 

2.

Sebelum Jurutera Perunding merekabentuk sistem bekalan air dan membuat perkiraan haidrolik untuk sesuatu pembangunan butir-butir sistem bekalan air sediada di kawasan tersebut hendaklah di perolehi:-

-      Keperluan bekalan air sediada

-      Lokasi paip sediada

-      Saiz paip sediada

-      Tekanan air di paip sediada

 

 

 

Maklumat jajaran paip boleh diperolehi di Unit GIS. Sila rujuk jadual Caj Permohonan Data GIS

3.

Pemajuan sesuatu kawasan yang terdapat paip sediada SAINS di dalam kawasan pembangunan, paip tersebut hendaklah di alih/di ganti dengan kelulusan SAINS.  Segala kos pengalihan dan penggantian hendaklah di tanggung oleh pihak pemaju sendiri.

 

 

4.

Membuat permohonan Ujian Tekanan Air ke SAINS Ibu Pejabat sebelum pelan direkabentuk dengan mengemukakan perkara tersebut:-

a.    2 salinan pelan lokasi dan pelan kunci pembangunan

b.    Bayaran RM250.00untuk menjalankan ujian tekanan air.

 

 

5.

Membuat permohonan kepada SAINS Ibu Pejabat, untuk permohonan seperti berikut:-

a.    Permohonan kebenaran merancang untuk tukar syarat, pecah sempadan dan pelan tatatur pembangunan.

b.    Kelulusan sistem paip air retikulasi luaran

c.    Perakuan Pelan Sistem Paip Dalaman Pembangunan

d.    Mengemukakan perkiraan dan rekabentuk sistem mengepam

(Sila rujuk senarai semakan)

 

 

Perkara (c) Permohonan pelan bangunan hendaklah melalui pihak OSC Majlis Daerah berkaitan.

PANDUAN PERMOHONAN BEKALAN AIR NEGERI SEMBILAN

Bil

Prosidur Permohonan Bekalan Air

Tindakan

Catatan

6.

Merujuk dan membuat rundingan dengan ;

Pengurus Mekanikal&Elektrikal,

Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi,

Km 10, Jalan Pantai-Jelebu,

71770 Seremban,

Negeri Sembilan DK.

 

Untuk sistem mengepam:-

(Sila rujuk Garispanduan sistem mengepam)

 

 

Sebelum mengemukakan permohonan rekabentuk sistem pam perkara 5 (d)

7.

Pembangunan melebihi 60 unit keatas DAN melebihi kapasiti air 18,000 gelen perlu diadakan rizab dan tangki air utama.  Tangki sedutan dan rumah pam adalah perlu (jika tekanan air tidak mencukupi mengikut garispanduan SAINS)

(rujuk Garispanduan Permohonan Bekalan Air Negeri Sembilan bagi saiz rizab tangki)

 

 

8.

Keperluan air untuk setiap pembangunan hendaklah mengikut kriteria keperluan air pembangunan di Negeri Sembilan seperti Garispanduan Permohonan Bekalan air Negeri Sembilan.

 

 


 

 

bottom
top
.

bottom

Hakcipta Terpelihara © 2009-2013 SAINS.