|
Tanggungjawab dan Peranan Pelanggan |
|
Para pelanggan mempunyai tanggungjawab untuk:
- Menyelenggara sistem paip dalaman rumah dengan menggunakan khidmat tukang paip berlesen bagi memastikan tiada kebocoran dalaman.
- Menyelenggara tangki air dalaman untuk memastikan tangki sentiasa bersih dan bebas dari sebarang kekotoran.
- Membayar bil mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Disamping itu, sebarang kerjasama dan bantuan pelanggan didalam perkara dibawah adalah amat dihargai demi kepentingan bersama:
-
Melaporkan sebarang masalah berkaitan air termasuklah paip bocor, pecah, kualiti air dan lain-lain.
-
Melaporkan sebarang aktiviti atau kegiatan mencuri air.
-
Menggunakan air secara cermat, berhemah dan mengelakkan pembaziran.
|