MAJLIS PECAH TANAH LRA NGOI-NGOI FASA II

NGOI-NGOI II

MAJLIS PECAH TANAH LRA NGOI-NGOI FASA 2

Disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin bin Hj. Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS.

Projek berimpak tinggi akan dibangunkan di Negeri Sembilan iaitu pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi Fasa 2 dengan kapasiti sebanyak 150 Juta Liter Sehari (JLH). Projek ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun membabitkan lima pakej utama yang akan dibangunkan oleh syarikat kontraktor yang telah dilantik iaitu Intan Hectare Perkasa Sutera JV Sdn. Bhd.

Antara pakejnya ialah pakej pemasangan paip air mentah sepanjang 500 meter, pakej pembinaan tangki baru di Mendom, pakej pemasangan paip pengepaman ke Kolam Mendom serta pakej penyediaan fasiliti bagi rawatan dan pelupusan enap cemar.

Paip penghantaran ke Kolam Batu 5 dan Nilai Pajam dari Kolam Mendom juga akan dibina bagi pengagihan air terawat ke kawasan yang berkenaan.

Apabila keseluruhan projek ini siap, ia bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Negeri Sembilan termasuk:

• Memiliki infrastruktur bekalan air yang berkualiti tinggi dan mampan;
• Memastikan bekalan air yang berterusan dan mencukupi sejajar dengan permintaan air yang semakin meningkat di Seremban, Nilai dan Sendayan yang merupakan sebahagian daripada Lembah Wawasan Malaysia (Malaysian Vision Valley).

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.