NSFEST4 NSFEST2 
 NSFEST3  NSFEST1

Kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini telah berjaya menganjurkan Negeri Sembilan Food Festival atau lebih dikenali sebagai NS Fest 2022 bermula 28 hingga 31 Julai 2022 di Dataran Nilai. Program yang berlangsung selama empat hari berturut-turut ini merupakan penganjuran kali kedua kerajaan negeri selepas berlangsungnya pada tahun 2019.

SAINS julung-julung kalinya turut serta dalam program kali ini yang menghimpunkan lebih kurang 250 pempamer melibatkan pelbagai agensi dan usahawan.

Sepanjang empat hari program, SAINS berpeluang beramah mesra dengan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang sempat singgah di booth SAINS. Antara aktiviti/perkhidmatan yang disediakan adalah semakan bil dan akaun, pertanyaan/mendaftarkan aduan, serta pameran berkenaan proses rawatan air yang dijalankan di loji-loji rawatan air di Negeri Sembilan. Pengunjung turut diberi pendedahan berkenaan tips jimat air yang mudah diamalkan disamping memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan jenayah curi air. Para pengunjung yang bertuah turut diberikan cenderamata SAINS sebagai kenang-kenangan.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.