SERBUAN KES CURI AIR - 18 JAN 2023

 

GAMBAR OPS JAN23-1

OPERASI SERBUAN KES CURI AIR OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) & SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN. BHD. (SAINS) DI MANTIN PADA 18 JANUARI 2023

SAINS bersama SPAN telah menjalankan serbuan kes curi air terhadap dua buah premis merupakan ladang ternakan kambing dan lembu yang berasingan di Mantin pada 18 Januari 2023.

Dalam serbuan yang dijalankan mendapati kedua-dua ladang ternakan tersebut melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip jenis High Density Polyethlene (HDPE) bersaiz 25 mm tanpa melalui sebarang meter untuk kegunaan pekerja premis dan operasi harian ladang tersebut.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai penguatkuasa SAINS turut menjalankan ujian klorin dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS. Pihak SPAN telah menyita semua pepasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.