Jurutera Pengeluaran

JURUTERA, BAHAGIAN PENGELUARAN

Syarat-syarat:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrikal/Kimia atau yang diiktiraf setaraf dengannya dan berpengalaman sekurang- kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Berpengalaman dalam Industri Perkhidmatan Air akan diberi keutamaan. 
  • Berkemahiran dalam penggunaan komputer; Microsoft Word, Excel & Power Point.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan 
  • Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana tempat di Negeri Sembilan.

Tanggungjawab:

  • Mengawasi serta menyelia kerja-kerja penyelenggaraan diloji-loji rawatan air serta empangan.
  • Menambahbaikan sistem loji bagi memastikan semua kerja rawatan air memenuhi keperluan serta mematuhi dan menepati piawaian yang ditetapkan.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan asset serta memeriksa kerja-kerja di tapak kerja.
  • Menyedia, mengatur dan memeriksa bajet tahunan dan bajet bulanan dari masa ke semasa.
  • Memastikan penyelia dan operator menjalankan tugas berdasarkan SOP loji yang telah ditetapkan.

Sesiapa yang berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport pada atau sebelum 11 Disember 2015 kepada:

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.