Objektif Korporat

Objektif utama setiap kakitangan SAINS ialah untuk memberi perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan (Stakeholders). Setiap kakitangan SAINS adalah komited untuk mencapai objektif-objektif utama seperti berikut:

  • Operasi yang Optima
    Memastikan penambahbaikan sejajar dengan pembangunan teknologi dalam setiap aspek operasi SAINS disamping mengawal kos, mengurangkan kerugian dan impak daripada operasi harian.

  • Kedudukan Kewangan
    Sebagai sebuah syarikat perniagaan, SAINS perlu memastikan perlaksanaan operasi yang efisien disamping menjana pemulangan kewangan yang berpatutan.

  • Kepuasan Pelanggan
    SAINS akan memberi keutamaan dalam memenuhi keperluan dan melebihi ekspektasi pelanggan. Kepuasan pelanggan adalah sebahagian daripada Key Performance Indicator (KPI) SAINS. SAINS perlu memberi perkhidmatan yang dipercayai,efisien dan pada kadar yang berpatutan. Syarikat ini juga akan sentiasa komited didalam mendapat maklum balas daripada pelanggan untuk membolehkan usaha-usaha penambahbaikan dijalankan sejajar dengan ekspektasi mereka.

  • Air Berkualiti
    SAINS perlu membekal air terawat yang memenuhi piawaian kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, menguruskan sisa pelepasan terawat mengikut perundangan sejajar dengan keperluan pelanggan, kesihatan masyarakat dan sistem ekologi. Pencapaian penuh Quality Assurance Programme adalah matlamat SAINS.

 

Dasar kualiti Rev.4

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.